“Memperkasakan Budaya Kebajikan
Untuk Kesejahteraan Semua”

PENGENALAN

Yayasan Al Aim telah ditubuhkan pada 15 November 1993. Penubuhan Yayasan Al Aim merupakan Aspirasi Belia Negara di mana matlamat utama adalah untuk menjaga kebajikan ahli-ahlinya.

Yayasan Al Aim berusaha untuk membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat melalui pengurusan dana dan sumbangan, sama ada dalam bentuk wang tunai atau harta yang boleh dipindahkan atau tidak, dengan fokus pada pelbagai aspek sosio-ekonomi.

ASPIRASI

Objektif Yayasan Al Aim:

• Menjaga kebajikan ahli-ahli Yayasan dan memberi bantuan kepada mereka untuk meningkatkan tahap sosioekonomi.

• Menyokong, membantu dan mengembangkan program latihan berkaitan latihan kemahiran tinggi kepada ahli, anak-anak ahli dan pekerja Yayasan.

• Untuk menyediakan biasiswa, sumbangan atau pinjaman kepada ahli atau anak-anak ahli dan pekerja dalam penglibatan di institut pendidikan atau program latihan yang diiktiraf Yayasan.

• Berusaha membantu mempertingkatkan taraf pendidikan kepada ahli- ahli dan anak-anak mereka.

• Berusaha dalam mendorong dan menggalakkan penglibatan belia-belia dalam industri kecil dan sederhana (IKS).

• Membantu mereka yang tidak berkemampuan dan yang ditimpa bencana.

• Menyokong, membantu dan mengembangkan program latihan yang relevan termasuklah latihan kemahiran tinggi kepada ahli-ahli, anak-anak dan pekerja Yayasan.

• Untuk menyediakan biasiswa, sumbangan, pinjaman kepada ahli-ahli, anak-anak ahli dan pekerja Yayasan untuk penglibatan
mereka di dalam program latihan yang diiktiraf oleh Yayasan.

• Menyokong , membantu dan mengembangkan usaha-usaha perpaduan diantara ahli, anak ahli dan pekerja Yayasan dari pelbagai kaum dan peringkat.

• Untuk bekerjasama dengan kerajaan, agensi separa kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), sektor swasta dan pertubuhan sukarela atau individu yang mempunyai hubungan dengan Yayasan.

• Menerima, mengurus dan mentadbir dana dari pelbagai sumber dan untuk melupuskannya mengikut keperluan.

• Untuk mewakili yayasan secara rasmi dimana-mana badan kerajaan, pentadbir atau badan perundangan lain.

• Untuk menerima bagi pihak yayasan mana-mana dana, hartanah atau harta alih dan tidak alih yang mungkin disumbangkan atau diperoleh yayasan dibawah mana-mana perjanjian dan untuk mengumpul atau menerima wang, hartanah, barangan milik yayasan.

• Untuk menerima apa-apa hadiah samada harta alih atau tidak alih dalam bentuk kewangan bagi memenuhi satu atau lebih objektif Yayasan.

• Untuk membeli, memajak atau memperolehi hak bagi tujuan Yayasan.

• Untuk menyewakan atau memajak harta milik Yayasan yang dirasakan sesuai oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA).

• Untuk membeli saham, dagangan hadapan, bon yang dijamin oleh kerajaan.

• Menjual, melupuskan atau memindah milik mana-mana hartanah milik Yayasan yang dirasakan sesuai.

• Untuk menubuhkan dan menguruskan pendaftaran, pengurusan dan mengekalkan mana-mana agensi atau cawangan Yayasan di seluruh Malaysia.

MISI & VISI

“Menjadikan Yayasan ini sebagai platfom penglibatan belia di dalam aktiviti pembangunan sosio-ekonomi negara. Strategi bertindak yang direncanakan akan berlandaskan segala yang tersurat dan yang tersirat di dalam Wawasan 2020 demi melahirkan generasi belia yang profesional, dinamik, inovatif, berdaya saing dan berjiwa global tanpa mengenepikan nilai-nilai murni yang menjadi asas kehidupan. Berusaha untuk mempertingkatkan taraf sosio – ekonomi ahli dan mencapai objektif yayasan.”

AHLI LEMBAGA PEMEGANG AMANAH 2023

Berdiri dari kiri: Pn. Amalia Yanti Binti Hj Abd. Samad, En. Zul Azri Bin Abdul Azaiz, Tn. Hj Abdul Rahman Bin Mat dan Pn. Norlida Binti Abdullah.
Duduk dari kiri: En. Mohd. Redzuan Bin Majid (Bendahari), Pn. Che Al Mahera Binti Che Ibrahim (Pengerusi), En. Hendra Idham Bin Sulaiman (Setiausaha) dan YBhg. Dato’ Hj Abdull Hallim Bin Hj Hamad. 

GALERI

(Video) Program bantuan makanan dan minuman di bulan puasa 2024 kepada gelandangan di sekitar Lebuh Ampang dan Jalan Chow Kit di ibukota.

Aktiviti sepanjang 2017 - 2023. Program-program membantu gelandangan, bantuan bencana alam, pembinaan dan penyelenggaraan tahfiz, masjid dan surau serta perjumpaan dan mesyuarat bersama ALPA, ahli dan keluarga.

HUBUNGI

MUAT NAIK

LOKASI

INFO PEJABAT :
  • Telefon : 03-7887 6506 
  • WhatsApp : 012345678
  • Email : info@yayasanalaim.my

  • Alamat :
  • A-06-2, Plaza Glomac
  • Jalan SS7/19, Seksyen 7
  • 47301 Petaling Jaya
  • Selangor Darul Ehsan

  • Waktu operasi :
  • 9:00AM - 6:00PM (Isnin - Jumaat)